Khamis, 21 Jun 2012


Bangunan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat

Semasa dibawah Jabatan Pertanian, Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat berada di KM 21, Jalan Sikuati Kudat dan berpindah ke bangunan pejabat baru (sehingga sekarang /gambar) dibawah kendalian Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah pada 01Februari 1994.


Dibawah naungan Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat telah bertambah maju dari segi pertambahan Ahli Peladang,Unit Ahli, Modal Saham, Isipadu Perniagaan, Aktiviti Perniagaan dan jumlah Keuntungan dari tahun ke tahun.Disamping pertambahan dari segi kemajuan Ahli dan Isipadu Perniagaan, Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat berjaya menambah pelaburan dan membuat pembelian harta/aset bagi menjamin kestabilan kewangan Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat dimasa-masa akan datang. 
 

Bagi menjalankan aktiviti-aktiviti di Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat berjalan dengan lancar,Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah meminjamkan anggotanya untuk ditempatkan di Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat sebagai anggota Pengurusan dalam pengendalian aktiviti dan pengurusan pejabat. Seramai 8 orang anggota Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah ditempatkan di Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat dan ianya terbahagi kepada pecahan berikut :-

i)     Pengurus Besar (Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi - E5)                        - 1 orang 
ii)    Pengurus Pengurus Bahagian (Pembantu Ehwal Ekonomi - E7)                 - 3 orang
 
iii)   Pengurus Akaun (Pembantu Akauntan - W8)                                           - 1 orang
 
iv)   Pengurus Pentadbiran (Pembantu Tadbir/Perkeranian - N9)                      - 1 orang
 
v)    Juruwang (Pembantu Tadbir Rendah - N11)                                            - 1 orang
 
vi)   Pemandu (Pemandu Kenderaan - R10)                                                    - 1 orang

Dibantu oleh 5 orang Pekerja yang dibayar gaji oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat dan mereka juga adalah Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat




Lawatan Tuan Hj. Milatulsamsi Bin Imam Nawawi ke Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat untuk berbincang dan berjumpa dengan ketua-ketua unit di Daerah Kudat.



Pada Tahun 2002 ini, Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat telah merancangkan untuk meningkatkan lagi prestasi Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat dengan menambahkan lagi aktiviti-aktiviti Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat dan Kemajuan Ahli bagi membolehkan Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat bersaing dengan Pertubuhan Peladang di Negeri Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan